Himpunan Hijau: Polis kecewa, peserta berarak, bawa kanak-kanak PDF Print E-mail
Berita | Am

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusof meluahkan rasa kekecewaannya dengan  penganjur Himpunan Hijau 2.0 kerana melanggar beberapa peruntukan dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama sebelum ini.

Pelanggaran itu, termasuk mengadakan perarakan dan kehadiran kanak-kanak pada perhimpunan tersebut. Perarakan adalah dilarang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan baru-baru ini.

"Kami telah berbincang dan mempunyai perjanjian bahawa mereka tidak berarak dan membawa kanak-kanak, tidak sangat baik," kata Jasmani.

Beliau dihubungi di sebuah pangkalan polis sementara yang didirikan kira-kira 200 meter dari padang Majlis Perbandaran Kuantan di mana perhimpunan berkenaan diadakan.

Ditanya jika polis akan bertindak terhadap penganjur, beliau menjawab: "Tidak mengapa".

Walau bagaimanapun, Jasmani berkata polis akan menyiasat pelanggaran syarat-syarat tersebut  dan menghubungi pihak penganjur untuk menasihati mereka.

Katanya, perhimpunan hari ini boleh dijadikan contoh pada masa depan dalam penganjuran perhimpunan dan majlis hari ini adalah sebagai "ujian pertama" Akta Perhimpunan Aman.

Mengenai jumlah yang hadir, Jasmani berkata ia sekadar 3,000 orang - jumlah yang jauh lebih kecil daripada 20,000 peserta seperti yang didakwa oleh penganjur perhimpunan.

- malaysiakini

 

Add comment


Dosa Tolak Tepi

mod_vvisit_counterHari Ini8967

mod_vvisit_counterSemalam16130

mod_vvisit_counterMinggu Ini83140

We have: 25 guests, 1 members, 74 bots online
IP Anda: 38.107.179.234
Today: May 19, 2012
mod_vvisit_counterBulan Ini276439

mod_vvisit_counterSejak Mei '107455250

FoN Team